Kedah, 23/9/2005 - YBK telah menganjurkan lawatan ke Kedah di bawah Program Desa Kasih Cemerlang Lanjutan (DKC) yang disertai oleh 50 orang ahli isi rumah Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta dan meningkatkan motivasi diri, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian dan industri kecil. Rombongan telah melawat Ekspo 100 Tahun Jabatan Pertanian Kedah, Projek Cili Fetigasi Naka, Projek Ikan Pekasam Sik, Perusahaan Kuih Tradisional Sik, Taman Anggur Sg Petani dan sesi motivasi oleh pegawai pertanian Kedah.

Lawatan Ekspo 100 Tahun Jabatan Pertanian, peserta berpeluang untuk melihat teknologi pertanian dari aspek benih, mesin, jentera teknologi tanaman dan pemprosesan bahan-bahan pertanian, pengilangan dan pembungkusan. Lawatan Projek Cili Fetigasi LPP daerah Naka, peserta berpeluang melawat pengurusan tanaman getah, nangka madu, longan dan sayuran. Projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ikan pekasam oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kg Sok, Sik melalui kaedah pembungkusan secara vakum memberi inspirasi kepada peserta rombongan.

Perusahaan kueh tradisional kak Yam di Kg Simpang Tiga Begia, Sik telah membuka mata peserta apabila Puan Siti Maryam Bt Zahir adalah seorang peserta PPRT yang memulakan perniagaan dengan RM500 daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, berjaya membawa perniagaannya ke tahap yang boleh di banggakan. Pada masa ini beliau bukan sahaja mengusahakan kueh bahulu tetapi menjadi pengedar kepada kueh-kueh tradisional daripada penduduk sekitar.

Lawatan terakhir para peserta ialah melawat Taman Anggur di Sg. Petani. Para peserta telah diberi penerangan oleh En. Rashid di dalam cara-cara untuk menanam pokok anggur, bari dan green tea.

Para peserta telah di beri motivasi oleh pegawai LPP En. Ahmad Nordin B. Jaafar yang telah berpengalaman di dalam melaksanakan program-program PPRT bagi negeri Kedah. Banyak tunjuk ajar serta tip-tip diberikan kepada para peserta sekiranya berminat untuk melaksanakan program pertanian secara kecil-kecilan. Secara keseluruhan pendekatan latihan secara lawatan di anggap amat sesuai bagi menarik minat dan motivasi kumpulan sasar untuk membuka minda dan merubah sikap. Keseluruhan para peserta amat berpuas hati dengan program lawatan ini dan program ini berjaya dalam membuka minda para peserta melalui pandangan dengan mata sendiri serta interaksi dengan pegawai-pegawai dan peserta pelaksana projek. Melalui kejayaan yang telah diperolehi oleh peserta-peserta dari Kedah telah membuka mata dan motivasi mereka. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;