Kelana Jaya, 27/12/2003 - Seramai 225 graduan kolej-kolej komuniti YBK iaitu Institut Teknologi Komuniti YBK Banting dan Institut Teknologi Mutiara YBK Lembah Bernam telah menerima Diploma masing-masing yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Menteri Besar Selangor di Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YBK yang ke 4 bertempat di Auditorium Angkasa, Kelana Jaya.Normaizatul Akmal Jaafar telah dipilih sebagai penerima Anugerah Presiden ITK Banting sementara Siti Hanizah Mohamad Redzuan telah dipilih menerima Anugerah Emas dan Anugerah Mutiara bagi ITMY Hulu Bernam. Kedua-dua penerima anugerah ini adalah pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Bersempena Majlis Konvokesyen tersebut, YAB Dato’ Seri telah mengumumkan nama baru bagi Institut Teknologi Komuniti YBK Banting iaitu ditukar kepada Institut Teknologi Mutiara YBK Banting atas nasihat Kementerian Pendidikan bagi mengelakkan kekeliruan dengan nama kolej-kolej komuniti yang dibina oleh Kementerian di setiap kawasan Parlimen.Bersempena majlis ini juga satu upacara menandatangani memorandum persefahaman antara Yayasan Basmi Kemiskinan bagi mewakili Kumpulan Pendidikan YBK dengan Eljad Development Sdn. Bhd

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;