Kuala Selangor, 21/7/2003 - Seramai 47 pelajar YBK yang mengikuti Program Latihan dan Pendidikan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) disaran menggunakan Prinsip MURID untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang yang diceburi.Prinsip MURID yang disaran oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Dato' Mat Yasir Ikhsan kepada para pelajar YBK ini bermaksud M – matlamat, U- Usaha, R-Rajin, I-Iltizam, dan D-Disiplin dan akhir sekali disertai dengan doa.

Majlis perasmian Program Latihan dan Pendidikan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Noh Omar di PLYBK, Kuala Selangor.

Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kursus Mekanik Kejuruteraan Motor Tahap 1 di PLYBK, Pembantu Tadbir Sistem Maklumat Tahap 2 di Institut Teknologi Mutiara YBK, Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Tahap 2 dan Pembuat Pakaian Wanita Tahap 1 di Institut KUNTUM Dinamik. Kursus ini mengambil masa enam bulan dengan kos berjumlah RM6000 tiap seorang. Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Noh berkata, KPLB telah memperuntukan RM571,000 kepada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor untuk melatih kumpulan sasar mengikuti kursus kemahiran secara percuma dan YBK telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan kursus-kursus tersebut di pusat-pusat latihannya.

Menurut beliau lagi, program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran dan peningkatan tahap pendidikan serta pencapaian akademik supaya mereka berpeluang mendapatkan pekerjaan. Kumpulan sasar ini terdiri daripada ketua isi rumah, ibu tunggal, suri rumah, belia, golongan yang berpendapatan rendah yang produktif dan para pelajar.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;