Melaka, 15/2/2002 - Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa penduduk (JKP) Desa Kasih telah mengikuti seminar kepimpinan berkesan yang dianjurkan oleh YBK dengan kerjasama RSG Ideal Force Consultancy & Corporate Services. Seminar tersebut merupakan aktiviti dibawah Program Desa Kasih Cemerlang berlangsung selama tiga hari sehingga 17 Feb 2002 bertempat di Ayer Keroh D'Village, Melaka.

Sepanjang tempoh tersebut, peserta-peserta seminar telah diberi pendedahan mengenai aspek-aspek kepimpinan yang berkualiti bagi membantu memperkemaskan pentadbiran dan pengurusan di setiap desa kasih, membina potensi diri sebagai pemimpin masyarakat yang berkeliber, berilmu dan berwawasan. Memupuk semangat cintakan negara dan mmenghayati aspek kepimpinan agar menjadi sebagai `role model'yang dihormati dan disegani dikalangan masyarakat. Peserta-peserta juga dibimbing kepada melaksanakan sesuatu aktiviti dengan secara berpasukan bagi mendapatkan hasil kerja yang baik.

Mereka juga diberi kesempatan bersama-sama dengan YAB Ketua Menteri Melaka berjogging pada pagi 17 Feb 2002 . Bagi menambahkan pengalaman, peserta seminar telah dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar negeri Melaka.Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Abdul Rahman Wellang, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka pada petang 17 Feb 2002.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;