Sabak Bernam, 13/4/2002 - Kerajaan akan terus membantu keluarga termiskin yang tinggal di luar bandar agar tidak terus terpinggir dan ketinggalan dalam arus kemajuan negara. Berbagai program telah disediakan bagi memberi peluang kepada golongan termiskin memajukan diri sama ada dalam bidang sosial, ekonomi dan pendidikan. Melalui agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan seperti YBK, berbagai program dilaksanakan membantu keluarga termiskin.

YBM Dato' Haji Raja Ideris Raja Ahmad, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah Sabak Bernam Berhad di sini hari ini. Tambah beliau lagi, "Desa Kasih Merbau Berdarah merupakan sebuah penempatan terbesar yang dibangunkan khusus untuk keluarga termiskin yang tidak terdapat di tempat lain, sewajarnya penduduk yang terpilih mendiami desa kasih ini akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diterima daripada kerajaan, sentiasa mematuhi peraturan, berusaha lebih gigih semata-mata ingin mencapai kejayaan". 

Penubuhan Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah Sabak Berhad khusus untuk peserta-peserta Desa Kasih hari ini membuktikan usaha berterusan pihak kerajaan melalui YBK membantu golongan termiskin yang ditempatkan di Desa Kasih menceburi bidang perniagaan secara berkelompok. Diharapkan ahli-ahli koperasi yang keseluruhannya merupakan peserta desa kasih akan menjadikan koperasi ini sebagai 'platform' mempertingkatkan ekonomi masing-masing melalui aktiviti perniagaan yang akan dilaksanakan oleh koperasi ini.

Mesyuarat agung tersebut turut dihadiri oleh Encik Rusli Jaafar, Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Wilayah Sabak Bernam/Kuala Selangor.  Manakala kesemua peserta termasuk isteri masing-masing menghadiri mesyuarat agung ini.  12 orang yang terdiri daripada 3 pegawai YBK dan 9 peserta Desa Kasih dilantik sebagai ahli lembaga pengarah koperasi.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;