Sabak Bernam, 8/6/2002 - Dewan Sri Benam di Sg. Besar hari ini menjadi tumpuan peserta-peserta Desa Kasih yang keseluruhannya ialah peserta-peserta PPRT atau penerima bantuan agihan zakat, Pusat Zakat Selangor. Sebelum ini mereka dikehendaki berkumpul hanya untuk menerima bantuan atau sumbangan, tetapi mereka berkumpul pada hari ini dengan satu tujuan iaitu menderma darah sebagai menyahut seruan untuk mengisi tabung darah negara yang mengalami kekurangan simpanan darah.

Sejak awal pagi peserta-peserta Desa Kasih telah berpusu-pusu mendaftarkan nama dan membuat pemeriksaan kesihatan sebelum mereka dibenarkan menderma darah mereka. Program Derma Darah tersebut dianjurkan oleh Pusat Zakat Selangor dengan kerjasama Hospital Daerah Teluk Intan, Perak. Tuan Haji Zainal Abidin Azim, Pegawai Daerah Sabak Bernam telah merasmikan program ini. Dalam ucapannya beliau berkata " Sebelum ini, peserta PPRT dianggap sebagai orang yang hanya menerima sumbangan semata-mata, tetapi hari ini peserta-peserta Desa Kasih telah menunjukan bahawa mereka juga merupakan orang yang sanggup memberi dan menyumbang untuk orang lain yang benar-benar memerlukannya".    Peserta turut dijamu dengan sarapan pagi dan makan tengahari sementara menunggu giliran untuk menderma darah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;