84 peserta dari 8 Desa Kasih dan 4 Desa Ehsan dari daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor mengikuti seminar dua hari yang di adakan di De Palma Inn di sini.  Seminar dibawah Program Desa Kasih Cemerlang YBK (DKC) merupakan program motivasi yang bertujuan memberi bimbingan kepada ketua isi rumah agar mereka tidak berterusan terikat dengan kepercayaan karut yang membelenggu kehidupan mereka dan terus hidup didalam kepompong kemiskinan semata-mata.


Penceramah yang dijemput terdiri daripada mereka yang berpengalaman didalam bidang motivasi seperti Haji Md Taib Mat dari Aliran Permata Sdn. Bhd. dan Kapt. Sudirman Ahmad. Kedua-dua mereka sememangnya mempunyai kepakaran didalam bidang motivasi. Antara tajuk ceramah dan latihan yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah tersebut ialah kaedah Dickens dan The Triad seperti “ Kepercayaan yang melemahkan diri”, “Kepercayaan yang mengukuhkan diri”, “ Sintax – membentuk fisiologi; bahasa: fokus dan kepercayaan”.

Latihan-latihan yang boleh membentuk sikap positif kepada diri peserta-peserta seminar ialah “hidup penuh persoalan dan persoalan adalah jawapan”, “keputusan adalah destini diri” dan “ Membentuk Matlamat Diri”.

Ketika ditemui dalam sesi rehat, beberapa peserta berkata     “Seminar ini benar-benar memberi kami pengetahuan dan pengalaman baru yang sebelum ini tidak terlintas dan terfikir di pemikiran kami, rupanya kami masih mempunyai peluang untuk mengubah kehidupan ini agar tidak terus dihimpit kemiskinan”.

Diharapkan seminar 2 hari tersebut telah membuka minda peserta-peserta yang hadir dengan satu azam baru untuk mengubah kehidupan mereka agar tidak berterusan digelar sebagai peserta ‘PPRT’ atau keluarga termiskin.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;