Shah Alam, 31/7/2002 - Syarikat Kumpulan UMW menyerahkan Pusat Latihan YBK Kuala Selangor kepada YBK yang bernilai RM1.6 juta berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2003. Sumbangan ini juga memberi maksud pengoperasian Pusat Latihan YBK yang dulunya ditaja oleh oleh UMW sejak ianya dibuka pada tahun 1992 akan ditanggung oleh YBK. Pusat Latihan YBK dibuka bagi memenuhi salah satu tanggungjawab sosial syarikat-syarikat korporat dalam membantu usaha-usaha pembasmian kemiskinan. Program ini merupakan satu projek kerjasama korporat antara Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan UMW dan Kontena Nasional.


Ianya ditubuhkan bagi melatih kemahiran teknikal kepada belia-belia luar bandar dan miskin bagi memenuhi keperluan industri.Pengarah Urusan Kumpulan UMW, Dr. Abdul Halim berkata, "Sejak mula beroperasi pada tahun 1992 hingga Julai 2002, UMW telah membelanjakan sebanyak RM6 juta yang merangkumi pembiayaan gaji tenaga pengajar dan pekerja sokongan, elaun kehadiran pelatih, makanan & pakaian pelatih, peralatan pembelajaran, peralatan pejabat dan sembilan unit komputer agar pelatih-pelatih celik ICT".

Beliau juga menjelaskan bahawa PLYBK telah berjaya melahirkan hampir 650 orang pelatih yang mengikuti kursus Automotif, Kenderaan Jentera Berat dan Pemesinan Am. Kursus yang dijalankan hanya memakan masa selama 6 hingga 9 bulan. Sijil-sijil yang dikeluarkan oleh pusat ini diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (Sijil SKM) tahap 1 dan 2. Lebih 50% pelatih lepasan PLYBK ditawarkan bekerja dengan syarikat kumpulan UMW.

"Operasi PLYBK memerlukan kos pengurusan dan penyelenggaraan yang tinggi. Dalam jangka masa kegawatan ekonomi yang masih belum reda sepenuhnya, Syarikat Kumpulan UMW terpaksa menyerahkan PLYBK kepada YBK kerana terpaksa mengurangkan atau menghentikan operasi syarikat yang kurang memberi keuntungan", jelas Dr. Abd. Halim."Walaubagaimanapun, UMW akan menyediakan biasiswa atau dermasiswa kepada pelajar-pelajar IPTS milik YBK mulai 2003 bagi memenuhi tanggungjawab sosial dalam bentuk yang agak berbeza sedikit" janji Pengarah Urusan UMW ini.

YB. Dato' Hj. Zainal Abidin Hj. Sakom bagi pihak YBK menerima penyerahan PLYBK dengan tangan yang terbuka. Beliau mengimbas kembali sejarah penubuhan PLYBK ini yang mana ianya ditubuhkan bagi mengisi keperluan anak-anak Melayu menjalani latihan kemahiran."Penyerahan operasi PLYBK kepada YBK sesuai sekali dengan saranan Perdana Menteri kita yang menyarankan supaya kita berdikari dan berubah"

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;