Kelanan Jaya, 6/1/2001 - Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor akan mula menumpukan bidang latihan dan pendidikan kepada anak-anak peserta sasarnya mulai tahun 2001. Ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusinya, Dato' Zainal Abidin Sakom sewaktu majlis Penyerahan Pelajar-pelajar YBK-Yayasan Guthrie kepada Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Pusat Latihan YBK, Kuala Selangor, di Kelana Jaya, baru-baru ini.


Pelatih-pelatih seramai 40 orang ini, adalah merupakan program pertama melalui kerjasama YBK-Guthrie-CIDB. Para pelatih bakal mengikuti kursus kemahiran di dua pusat latihan yang berasingan iaitu di Akademi Binaan Malaysia (ABM), Kuala Lumpur dan Pusat Latihan YBK (PLYBK) Kuala Selangor.

Seramai 20 orang pelatih akan mengikuti Kursus Teknologi Binaan Bangunan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Kuala Lumpur. Kursus yang memakan masa selama 7 hingga 9 bulan ini akan memberi kemahiran di bidang Bricklaying, Cementing, Plastering dan Tiling. Sepanjang mengikuti kursus ini, pelatih-pelatih akan ditempatkan di Asrama Baitulmal, MAIWP Kg. Pandan.

Kelayakan minima bagi mengikuti kursus ini ialah tamat tingkatan 3 dan berumur tidak kurang dari 17 tahun. Pelatih-pelatih yang telah tamat mengikuti latihan ini kelak, bakal ditawarkan bekerja dengan pihak Guthrie.

Selain kursus di ABM, seramai 20 orang pelatih lagi bakal mengikuti Kursus Artisan Mekanikal Jentera Berat (RJD-10) di Pusat Latihan YBK-UMW, Kuala Selangor, selama 6 bulan. Pelatih-pelatih ini bakal memperolehi sijil MLVK tahap 2. Tujuan kursus ialah untuk melahirkan Juruteknik Pemesinan Perladangan dan bakal ditempatkan di ladang-ladang milik Guthrie.

Guthrie membelanjakan hampir RM500 ribu bagi menaja kos pembiayaan kedua-dua kursus kemahiran ini dan ianya merupakan program latihan yang akan dilaksanakan secara berterusan, menurut Pengarah Yayasan Guthrie, Kol. (B) Hj. Yusof Hussin

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;