Hulu Selangor, 9/3/2001 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah memberikan bantuan berupa pakaian kepada lebih 300 orang mangsa banjir di daerah Hulu Selangor, baru-baru ini. Mangsa banjir terdiri dari penduduk 5 buah kampung yang terletak di Mukim Sungai Choh.

Menurut pegawai daerah Hulu Selangor, hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti selama dua hari, telah menyebabkan banjir ini berlaku. Kejadian yang berlaku dengan amat pantas ini mengakibatkan para penduduk gagal untuk menyelamatkan sebahagian besar harta benda mereka, lebih-lebih lagi inilah kali pertama banjir sebegini berlaku di kampung tersebut. Jumlah kerugian yang dialamai oleh setiap mangsa dianggarkan sebanyak RM10 ribu setiap seorang.

Selain menerima sumbangan dari pihak YBK, Kerajaan negeri Selangor juga turut menyalurkan peruntukan kewangan sebanyak RM600 ribu untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir tersebut. Setiap mangsa menerima sebanyak RM500. Sumbangan telah disampaikan oleh Pemangku Raja Selangor ketika melawat ke kawasan banjir.

Selain sumbangan kerajaan negeri Selangor, Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dato' G. Palanivel melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat turut memberikan bantuan berupa barangan makanan serta meluluskan peruntukan segera sebanyak RM300 ribu bagi tujuan pembesaran dan memperbaiki sistem perparitan di kampung tersebut.

Majlis penyampaian sumbangan kepada semua mangsa telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Selangor dan turut hadir dalam majlis ini ialah YAB Menteri Besar Selangor, Pengerusi YBK, Ahli Parlimen Hulu Selangor dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;