KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2026 - Program Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026 (AWEF 2026) bermula secara rasmi selepas perasmian pembukaan yang berlangsung hari ini.

Perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merangkap Presiden G100 Global Club dan Pengerusi Jawatankuasa AWEF 2026.

Program ini telah menerima kehadiran lebih 400 delegasi pelbagai latar belakang dari 17 buah negara. Turut hadir, YBhg. Dato' Dr. Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK); Encik Zulhairy Jalaluddin, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad dan Mohd Faisal Tan Mutallib (ALPA YBK), YBrs. Dr. Wan Ahmad Hazman Wan Daud (Pengarah Pusat Belia Antarabangsa); dif-dif kehormat dan jemputan daripada pelbagai agensi dan organisasi.

YBK merupakan penganjur bersama program AWEF 2026, dan antara rakan-rakan strategik program ini adalah Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA), Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia (CPSM), Dewan Perniagaan dan Industri Wanita India (WICCI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Program AWEF 2026 berlangsung dari 14 hingga 17 Oktober 2026 menampilkan pelbagai pengisian dan perkongsian ilmu oleh 63 orang penceramah dan 8 pemudah cara (moderator) melalui 15 sesi 'parallel track', 2 sesi plenari, 2 sesi dialog, 2 sesi 'fireside chat', sesi bengkel, meja bulat, pelancaran, dan juga ucaptama.

Antara tokoh yang menyertai sesi adalah YB Datuk Seri Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan); YB Puan Anfaal Saari (EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Selangor); YB Senator Puan Saraswathy Kandasami (Ahli Dewan Negara); YM Tengku Datuk Sri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz (Pengerusi MIDA), dan ramai lagi.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


ANNUAL WOMEN ECONOMIC FORUM & G100 GLOBAL MEET 2026 OFFICIALLY OPENS IN GRAND STYLE

KUALA LUMPUR, 14 October 2026 – The Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026 (AWEF 2026) officially commenced today following its grand opening ceremony.

The opening ceremony was officiated by the Honourable Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Deputy Minister of Works Malaysia, at the International Youth Centre (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. The welcoming address was delivered by YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), President of G100 Global Club, and Chairperson of the AWEF 2026 Organising Committee.

The programme welcomed more than 400 delegates from diverse backgrounds representing 17 countries. Also in attendance were YBhg. Dato’ Dr. Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK; Encik Zulhairy Jalaluddin, Associate Professor Dr. Mohd Mursyid Arshad, and Mohd Faisal Tan Mutallib, members of YBK’s Board of Trustees; YBrs. Dr. Wan Ahmad Hazman Wan Daud, Director of the International Youth Centre; as well as distinguished guests and representatives from various agencies and organisations.

YBK is a co-organiser of AWEF 2026. The programme’s strategic partners include the Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA), the Child Protection Society of Malaysia (CPSM), the Women’s Indian Chamber of Commerce and Industry (WICCI), and Universiti Putra Malaysia (UPM).

Taking place from 14 to 17 October 2026, AWEF 2026 features a wide range of sessions and knowledge-sharing opportunities involving 63 speakers and eight moderators. The programme comprises 15 parallel-track sessions, two plenary sessions, two dialogue sessions, two fireside chats, workshops, roundtable discussions, launches, and keynote addresses.

Among the prominent figures participating in the sessions are YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, Minister of Education; YB Puan Anfaal Saari, Selangor State EXCO for Women’s Development and Community Welfare; YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Member of the Senate; and YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Chairman of the Malaysian Investment Development Authority (MIDA), among many others.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;