- Hit: 8
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2026 - Program Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet (AWEF 2026) menutup tirai dengan acara perasmian penutup dan penyerahan resolusi program kepada tetamu kehormat.
Majlis Perasmian Penutup yang ini jatuh pada tarikh Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa, dimulakan dengan perarakan masuk tetamu kehormat iaitu YB Senator Tuan Dr. Jufitri Joha, Ahli Dewan Negara ke dalam Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Jawatankuasa Program merangkap Presiden G100 Global Club 2026. Turut hadir, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK); Encik Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK); YBrs. Dr. Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud (Pengarah Pusat Belia Antarabangsa), dif-dif kehormat dan jemputan daripada agensi, organisasi serta para delegasi.
Dalam ucapannya juga, beliau telah membentangkan dapatan dan Resolusi AWEF 2026 merangkumi 6 tonggak utama yang menyentuh enam teras utama, iaitu memperkukuh kemandirian ekonomi dan daya saing wanita; memacu transformasi komuniti melalui kepimpinan wanita, keusahawanan sosial dan kelestarian; memperluas akses kepada pendidikan berkualiti; memastikan transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) dilaksanakan secara beretika; memperkukuh kesihatan, kesejahteraan serta sistem sokongan wanita; dan memajukan agenda pemerkasaan wanita melalui dasar, akademia serta kerjasama perniagaan.
YB Senator Tuan Dr. Jufitri Joha dalam ucapannya menekankan kepentingan memperkasa kepimpinan dan pembangunan ekonomi wanita sebagai pemangkin kepada kemajuan keluarga, komuniti dan negara. Beliau menggariskan empat prinsip utama, iaitu budaya keprihatinan (care), kewujudan bersama dalam keharmonian (co-existence), kreativiti (creativity) dan perdagangan (commerce). Beliau turut menegaskan bahawa pembasmian kemiskinan memerlukan usaha kolektif yang melangkaui bantuan semata-mata, selain menyeru agar segala idea dan jaringan yang terjalin sepanjang forum diterjemahkan kepada tindakan nyata, kerjasama berimpak serta hasil yang boleh diukur.
Majlis disempurnakan dengan penyampaian dokumen resolusi oleh YBhg. Datin Hartini selaku Pengerusi Program kepada YB Senator, penyampaian cenderahati, dan persembahan kebudayaan oleh anak-anak Asrama Kasih Serendah YBK dan kumpulan In’Z Dancer Kuala Lumpur, dan sesi bergambar.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
CLOSING CEREMONY OF THE ANNUAL WOMEN ECONOMIC FORUM & G100 GLOBAL MEET MARKED BY THE READING AND HANDOVER OF RESOLUTIONS
KUALA LUMPUR, 17 October 2026 – The Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet (AWEF 2026) concluded with a closing ceremony and the presentation of the programme’s resolutions to the guest of honour.
The Closing Ceremony, held on International Day for the Eradication of Poverty, commenced with the procession of the guest of honour, YB Senator Tuan Dr. Jufitri Joha, Member of the Senate, into Dewan Kampo at the International Youth Centre. This was followed by the singing of the national anthem, Negaraku, and a prayer recitation.
The welcoming address was delivered by YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Chairperson of the Programme Organising Committee and President of G100 Global Club 2026. Also in attendance were YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK); Encik Zulhairy Jalaluddin (member of YBK’s Board of Trustees); YBrs. Dr. Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud (Director of the International Youth Centre); distinguished guests; and representatives from various agencies, organisations and delegations.
In her address, Datin Hartini presented the key findings and resolutions of AWEF 2026, encompassing six main pillars: strengthening women’s economic independence and competitiveness; driving community transformation through women’s leadership, social entrepreneurship and sustainability; expanding access to quality education; ensuring the ethical implementation of digital transformation and artificial intelligence (AI); strengthening women’s health, well-being and support systems; and advancing women’s empowerment through policies, academia and business collaboration.
In his address, YB Senator Jufitri Joha emphasised the importance of empowering women’s leadership and economic development as catalysts for progress within families, communities and the nation. He outlined four key principles: care, harmonious co-existence, creativity and commerce. He further stressed that poverty eradication requires collective efforts that go beyond providing assistance alone. He also called for the ideas and networks established throughout the forum to be translated into tangible action, impactful collaboration and measurable outcomes.
The ceremony concluded with the presentation of the resolution document by YBhg. Datin Hartini, in her capacity as Programme Chairperson, to YB Senator Jufitri Joha, followed by the presentation of souvenirs, cultural performances by students of Asrama Kasih Serendah YBK and the In’Z Dancer Kuala Lumpur group, and a photography session.
