- Hit: 4
KELANA JAYA, 15 Julai 2026 – Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi bulan Julai 2026 telah berlangsung di Ibu Pejabat YBK hari ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) yang hadir ialah Encik Zulhairy Jalaluddin, manakala Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib mengikuti mesyuarat secara dalam talian. Turut hadir ialah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK, para karyawan YBK serta pegawai daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan dan perkembangan gerak kerja semasa YBK oleh Pengurus Besar kepada Pengerusi YBK dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah sebagai sebahagian daripada sesi pemantauan dan semakan terhadap pelaksanaan program serta inisiatif yayasan.
Dalam amanatnya, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom mengingatkan bahawa setiap hasil yang ingin dicapai memerlukan kesabaran, ketekunan dan keupayaan menghadapi pelbagai cabaran sebelum dapat dinikmati sebagai suatu kejayaan. Beliau turut menegaskan bahawa setiap warga YBK memikul amanah sebagai khalifah yang bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksanakan tugasan dengan sebaik-baiknya, di samping sentiasa bersedia menerima perubahan sebagai pemangkin kepada pembaharuan dan kemajuan organisasi.
Beliau juga menyeru seluruh warga YBK agar sentiasa membetulkan niat dalam melaksanakan amanah, menghargai setiap nilai dan potensi yang dimiliki, serta memperkukuhkan iltizam dalam menjayakan segala perancangan organisasi. Selain itu, beliau mencadangkan agar Pasukan Sukarelawan YBK dihidupkan semula melalui pelantikan rasmi, penetapan syarat yang jelas serta penyediaan latihan yang bersesuaian bagi memperkukuh peranan sukarelawan dalam menyokong misi YBK.
Selepas sesi amanat, hadirin telah mengikuti taklimat khas yang disampaikan oleh wakil daripada KAF Digital Bank berkenaan pengenalan akaun Digital Bank serta kemudahan dan manfaat yang ditawarkan kepada pengguna.
Mesyuarat kemudiannya ditangguhkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para pelatih praktikal yang akan menamatkan latihan industri pada penghujung bulan Julai, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka sepanjang menjalani latihan di YBK. Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir kepada karyawan yang dilahirkan pada bulan Julai.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK SEMANGAT MENDAKI MEETING – JULY 2026
KELANA JAYA, 15 July 2026 – The July 2026 Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was held today at the YBK Headquarters.
The meeting was chaired by YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. The Board of Trustees (ALPA) member present was Mr. Zulhairy Jalaluddin, while Associate Professor Dr. Mohd Mursyid Arshad and Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib joined the meeting virtually. Also in attendance were YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to YBK, YBK staff, and officers from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
The meeting commenced with a presentation by the General Manager on YBK's current activities and operational progress to the Chairman and the Board of Trustees as part of the foundation's regular monitoring and review of its programs and initiatives.
In his address, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom reminded attendees that every meaningful achievement requires patience, perseverance, and the ability to overcome challenges before success can be realized. He emphasized that every member of the YBK family carries the responsibility of being a khalifah (steward) entrusted with planning, managing, and carrying out their duties to the best of their abilities, while remaining open to change as a catalyst for organizational renewal and progress.
He also encouraged all YBK staff to continually renew their intentions in fulfilling their responsibilities, appreciate the values and potential they possess, and strengthen their commitment to achieving the organization's goals. In addition, he proposed the revival of the YBK Volunteer Team through formal appointments, clearly defined membership criteria, and appropriate training to further enhance the role of volunteers in supporting YBK's mission.
Following the Chairman's address, participants attended a special briefing delivered by representatives of KAF Digital Bank, introducing the bank's digital account services and the facilities and benefits available to customers.
The meeting concluded with the presentation of Certificates of Appreciation to the industrial trainees who will complete their internships at the end of July, in recognition of their contributions during their training at YBK. The event also included a birthday celebration for staff members born in the month of July.
