SERENDAH/SIDANG VIDEO, 23 Jun 2026 – Asrama Kasih YBK Serendah telah menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran dan Bacaan Yasin sempena ulang tahun penubuhan kali ke-33 yang berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom. Majlis ini dianjurkan oleh pihak Asrama Kasih YBK Serendah dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebagai tanda kesyukuran atas perjalanan 33 tahun penubuhan Asrama Kasih YBK Serendah serta bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga asrama, alumni dan para jemputan.

Majlis dimulakan dengan ketibaan para jemputan secara dalam talian, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Presiden Alumni Asrama Kasih YBK Serendah, diikuti ucapan Pengurus Asrama Kasih YBK Serendah serta ucapan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini binti Osman selaku Pengerusi Asrama Kasih YBK. Majlis kemudiannya diserikan dengan ucapan YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom selaku Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan doa kesyukuran yang dipimpin secara beramai-ramai oleh para peserta majlis.

Program diakhiri dengan sesi bergambar secara dalam talian sebelum majlis bersurai pada jam 10.00 malam. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat atas komitmen menjayakan majlis ini. Penganjuran majlis ini diharapkan dapat terus memperkukuh ukhuwah, menyemai rasa kesyukuran serta menyokong kecemerlangan Asrama Kasih YBK Serendah pada masa akan datang.


Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Serendah


THANKSGIVING PRAYER CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE 33RD ANNIVERSARY OF ASRAMA KASIH YBK SERENDAH

SERENDAH / VIDEO CONFERENCE, 23 June 2026 – Asrama Kasih YBK Serendah organized a Thanksgiving Prayer Ceremony and Yasin Recitation in conjunction with its 33rd anniversary, held virtually via the Zoom platform. The event was organized by Asrama Kasih YBK Serendah in collaboration with Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) as an expression of gratitude for the institution’s 33 years of service, while also strengthening the bonds of friendship among the hostel community, alumni, and invited guests.

The ceremony began with the virtual arrival of participants, followed by welcoming remarks from the master of ceremonies. This was followed by speeches from the President of the Asrama Kasih YBK Serendah Alumni Association, the Manager of Asrama Kasih YBK Serendah, and YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini binti Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK. The event was further honored with an address by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom, Chairman of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). The program then continued with the recitation of Surah Yasin and a Thanksgiving Prayer, led collectively by the participants.

The event concluded with a virtual group photo session before ending at 10:00 p.m. The organizing committee expressed its sincere appreciation to everyone who contributed to the success of the ceremony. It is hoped that this annual gathering will continue to strengthen the spirit of ukhuwah (brotherhood), cultivate gratitude, and support the continued excellence of Asrama Kasih YBK Serendah in the years to come.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;