- Hit: 6
CHERAS, 26 April 2026 - Hari kedua Program Voices of Ladies 2026 (VoL2026) anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merupakan hari kemuncak dengan fokus kepada anak muda dan belia, serta persembahan bertenaga daripada artis yang sedang meningkat naik, Aisha Retno.
Acara hari kedua dimulakan dengan sesi Forum Pemerkasaan Generasi Muda dengan tema 'Akses, Maruah dan Sistem'. Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah bertindak sebagai moderator bersama-sama ahli panel yang terdiri daripada ikon ternama belia iaitu Dr. Daphne Ng (mantan pemain badminton kebangsaan), YBhg. Datin Ira Ghani (pelakon/pengacara merangkap pengasas jenama Aura Seri), Kavita Maheendran (felo Majlis Belia Malaysia), dan Puan Asya Rahman (Penolong Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan).
Antara peserta yang hadir mengikuti sesi forum adalah pelajar daripada Universiti Putra Malaysia dan beberapa institusi pengajian tinggi, wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Belia Malaysia, wakil penaja, dan tetamu jemputan khas.
Acara kemuncak iaitu konsert merupakan acara yang ditunggu-tunggu kerana menampilkan persembahan oleh artis Noryn Aziz dan juga Aisha Retno dengan iringan oleh Orkestra Kuala Lumpur. Para penonton berasa sangat teruja apabila Aisha Retno turut menyanyikan lagu 'Joget Lebaran' yang tular dan popular sambil turut menyanyi dan menari bersama-sama.
Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama artis dan seluruh jemputan yang hadir sebelum bersurai.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
VOICES OF LADIES PROGRAMME – DAY TWO
CHERAS, 26 April 2026 – The second day of the Voices of Ladies 2026 (VoL2026) programme, organized by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) in collaboration with Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) and Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), marked the highlight of the event with a focus on youth and vibrant performances by rising artist Aisha Retno.
The day began with the Youth Empowerment Forum themed “Access, Dignity and Systems.” The session was moderated by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, alongside a panel of notable youth icons including Dr. Daphne Ng (former national badminton player), YBhg. Datin Ira Ghani (actress/host and founder of Aura Seri), Kavita Maheendran (Malaysian Youth Council fellow), and Ms. Asya Rahman (Assistant Secretary-General of the Malaysian Association of Youth Clubs – MAYC National).
Participants included students from Universiti Putra Malaysia and other higher education institutions, representatives from the Ministry of Youth and Sports and the Malaysian Youth Council, sponsors, and invited guests.
The evening’s highlight was the concert, featuring performances by Noryn Aziz and Aisha Retno, accompanied by the Kuala Lumpur Orchestra. The audience was especially thrilled when Aisha Retno performed the viral hit “Joget Lebaran,” with many joining in singing and dancing.
The programme concluded with a photo session with the artists and guests before dispersal.
