KUALA KUBU BHARU, 14 April 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak di sini. Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk meneroka peluang kolaborasi dalam bidang latihan kemahiran yang bersesuaian untuk pelajar Asrama Kasih YBK Serendah.

YBK telah diwakili oleh Pn. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengurus Pendidikan dan Pengetua Asrama Kasih), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia), Pn. Siti Fairus Mohamed (Pengurus Kewangan) serta karyawan pengiring daripada YBK. Pihak IKBN Peretak diwakili oleh Pn. Normahsyuri Md Shariff (Pengarah IKBN Peretak), En. Shahdan Zainal (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar), Pn. Nurulakmar Alias (Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan), serta Ketua Jabatan Hospitaliti, Ketua Jabatan Kosmetologi dan Ketua Jabatan Fesyen dan Pakaian.

YBK juga telah dibawa melawat bengkel-bengkel kemahiran yang disediakan bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai fasiliti serta peluang latihan yang boleh dimanfaatkan. YBK difahamkan antara kursus yang ditawarkan di sini adalah Hospitaliti, Fesyen & Pakaian serta Kosmetologi. IKBN turut menyediakan pilihan kursus jangka panjang selama 6 bulan hingga 2 tahun, serta kursus jangka pendek selama 3 hari, yang berpotensi memberi pendedahan kemahiran praktikal kepada para pelajar.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK COURTESY VISIT TO IKBN PERETAK, KUALA KUBU BHARU

KUALA KUBU BHARU, 14 April 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) conducted a courtesy visit to the Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak. The purpose of the visit was to explore potential collaboration opportunities in skills training suitable for students of Asrama Kasih YBK Serendah.

YBK was represented by Ms. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Education Manager and Principal of Asrama Kasih), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Administration and Human Resources Manager), Ms. Siti Fairus Mohamed (Finance Manager), along with accompanying YBK staff. IKBN Peretak was represented by Ms. Normahsyuri Md Shariff (Director of IKBN Peretak), Mr. Shahdan Zainal (Deputy Director of Student Affairs), Ms. Nurulakmar Alias (Deputy Director of Training Management), as well as the Heads of the Hospitality, Cosmetology, and Fashion & Apparel Departments.

The YBK delegation was also given a tour of the skills training workshops, providing a clearer understanding of the facilities and available training opportunities. YBK was informed that the courses offered include Hospitality, Fashion & Apparel, and Cosmetology. IKBN also provides long-term courses ranging from 6 months to 2 years, as well as short-term courses lasting 3 days, which offer valuable practical skills exposure to students.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;