KUALA KANGSAR - Kuala Kangsar, 9/2/2014 - Satu perjumpaan bersama Sukarelawan YBK Perak telah diadakan di Rumah Rehat Kuala Kangsar. Sesi perjumpaan ini bermatlamat untuk berkenalan sesama ahli sukarelawan di samping berbincang berkenaan perancangan yang ingin dilaksanakan sepanjang tahun 2014 di Perak. Perjumpaan ini dilaksanakan secara informal (sembang santai) dan seramai 4 orang ahli Sukarelawan YBK Perak telah hadir dan turut disertai oleh 3 orang pegawai YBK.

Sesi dimulakan pada jam 12:30 tengahari dengan kehadiran Sukarelawan YBK Perak yang terdiri daripada Encik Firdaus Din, Encik Amiruddin, Puan Noraini dan Tuan Roslan Ali serta isteri. Setiap ahli memperkenalkan diri masing-masing bagi mengenalpasti potensi dan sinergi yang boleh digembleng. Sesi diteruskan dengan perbincangan serta 'brainstorming' berkenaan idea, aktiviti dan program yang ingin dilaksanakan oleh Sukarelawan YBK Perak, di samping perbincangan isu semasa yang melibatkan masyarakat. Pegawai YBK, Encik Basharuddin, Puan Rozita dan En Audi Faliq turut menyampaikan secara ringkas berkenaan profil YBK dan perancangan 2014.

Secara kolektifnya, semua yang hadir telah bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan satu program pada bulan Mac nanti di mana Encik Firdaus Din akan menjadi koordinator dan menyediakan kertas kerja cadangan. YBK juga mengalu-alukan tawaran daripada Encik Amiruddin dan Tuan Roslan Ali yang ingin membantu dan menyumbang kepakaran mereka dalam membangunkan program motivasi dan kecemerlangan pelajar yang ingin dilaksanakan YBK pada tahun ini. Sesi ditangguhkan kira-kira jam 3 petang.

Dalam kesempatan yang sama, pegawai YBK telah dibawa melawat ke Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah yang terletak di Kg. Kelimat, Sg. Siput Utara. Sekolah ini menempatkan 188 orang pelajar, berkonsepkan asrama dan dipantau oleh 2 orang warden. Satu sesi dialog ringkas telah diadakan bersama pengurusan sekolah dan wakil PIBG di mana pegawai YBK telah diberi penerangan berkenaan latar belakang sekolah dan aktiviti yang dijalankan.

Di akhir sesi dialog, persetujuan telah dicapai di mana pihak pengurusan sekolah akan menyiapkan kertas kerja bagi program kecemerlangan pelajar di mana YBK melihat program tuisyen KUNTUM sesuai dilaksanakan di sekolah ini. Difahamkan satu program tuisyen seumpamanya pernah dikelola oleh satu yayasan tempatan tetapi tidak diteruskan untuk satu tempoh yang agak lama.

Sebelum bertolak pulang, pengurusan sekolah telah membawa pegawai YBK melawat sekitar sekolah bagi melihat sendiri infrastruktur dan aktiviti harian pelajar.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;