- Hit: 25
KELANA JAYA, 12 November 2025 - Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi bulan November telah berlangsung di Ibu Pejabat YBK pada jam 11 pagi.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Encik Zainal Mohd Jais, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad , bersama Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK.
Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah memberikan laporan kepada hadirin berkenaan kemajuan dan perancangan program-program yang telah dan akan dilaksanakan oleh YBK, diikuti dengan amanat Dato' Pengerusi.
Dato' Pengerusi dalam amanat beliau mengingatkan para karyawan untuk perlu berkarya dan berinovasi dalam melaksanakan tugas. Karyawan juga perlu memahami “sisi” setiap peranan dan jawatan, dan bagaimana tanggungjawab itu mencorak kejayaan. Beliau juga mengingatkan berkenaan kepentingan nilai kesyukuran dan hormat di samping menjauhi sifat fitnah, perpecahan dan amalan negatif yang menjejaskan organisasi serta masyarakat.
Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengarah Urusan Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. , YBhg. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman turut memberikan penerangan berkenaan aktiviti-aktiviti di peringkat anak syarikat.
Mesyuarat turut mengadakan sambutan hari lahir untuk karyawan yang menyambut hari lahir pada bulan November.
SEMANGAT MENDAKI MEETING – NOVEMBER 2025
KELANA JAYA, 12 November 2025 – The Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) for the month of November was held at YBK Headquarters at 11.00 a.m.
The meeting was chaired by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. Also present were YBK Board of Trustees members Mr. Zulhairy Jalaluddin, Mr. Zainal Mohd Jais, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, and Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad, together with Datin Dr. Hajah Hartini Osman, YBK Administrative Advisor.
YBK General Manager Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz presented updates on the progress and planned programs undertaken by YBK, followed by the Chairman’s address.
In his remarks, the Chairman reminded all staff to create, innovate, and excel in performing their duties. He emphasized the need for employees to understand the “layers” of every role and position, and how these responsibilities shape success. He further highlighted the importance of gratitude and respect, while urging everyone to avoid slander, division, and negative practices that harm both the organization and the community.
YBK Administrative Advisor and Managing Director of Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd., YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, also shared updates on activities at the subsidiary company level.
The meeting concluded with a birthday celebration for staff members born in November.
