- Hit: 50
KEMAMAN, 3 November 2025 - Lawatan Kerja YBK di Terengganu diteruskan dengan sesi melawat projek contoh madu kelulut di Stesen MARDI Kemaman. Objektif lawatan adalah untuk melihat dan mempelajari projek ternakan kelulut untuk penghasilan madu menggunakan 'sarang' dari bahan seramik.
Delegasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah mendengar taklimat daripada Puan Siti Zaharah Hasan (Penolong Pegawai Penyelidik Kanan) dan dibawa melihat projek contoh madu kelulut. Delegasi turut dibawa melihat makmal memproses madu dan beberapa contoh produk yang boleh dimanfaatkan daripada kelulut.
Turut bersama, Puan Noraini Ibrahim (Pengurus MARDI Kemaman), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), dan juga wakil rakan strategik YBK iaitu Encik Raedi Faris Mazli (Pengurus FELDA Neram Satu), Encik Ahmad Khairul Azman Mohd Razalli, dan Encik Abdul Rahman Mohd Noor.
