KELANA JAYA, 28 Oktober 2025 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom pagi ini telah menyampaikan ucap utama (keynote speech) dalam program Sidang Kemuncak Pembangunan Sumber Manusia dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kebangsaan 2025 anjuran Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia.

Beliau telah menyampaikan ucap utama bertajuk 'Bagaimana YBK Berjaya Mengubah Kehidupan Melalui Pendidikan' di mana Dato' Zainal telah berkongsi berkenaan ekosistem YBK dalam membangunkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan kumpulan sasar melalui inisiatif pendidikan YBK.

Sesi yang berlangsung melalui sidang video ini dihadiri oleh pelajar dan penceramah jemputan, dan turut mengikuti sesi bersama Pengerusi YBK ialah Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).


YBK CHAIRMAN DELIVERS KEYNOTE ADDRESS AT HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT SUMMIT

KELANA JAYA, 28 October 2025 – The Chairman of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, delivered a keynote speech this morning at the 2025 National Human Capital Development and Lifelong Learning Summit, organized by the Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia.

His keynote address, titled "How YBK Has Transformed Lives Through Education," highlighted YBK’s ecosystem in promoting lifelong learning among target communities through its various educational initiatives.

The session, held via video conference, was attended by students and invited speakers. Joining the Chairman for the session were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (YBK Administration & Human Resources Manager), and Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media & Public Relations Manager).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;