KELANA JAYA, 22 Oktober 2025 - Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi bulan September telah berlangsung di Ibu Pejabat YBK pada jam 11 pagi.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Encik Zainal Mohd Jais, dan Ustaz Faisal Tan Mutalib, bersama Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK.

Dalam amanatnya, Dato' Pengerusi menekankan peri pentingnya kesinambungan perjuangan akar umbi dalam membasmi kemiskinan yang diibaratkan seperti akar pokok yang tidak kelihatan namun menjadi tunjang kekuatan batang dan buah di atasnya. Beliau turut menyentuh tentang keperluan mendidik generasi muda dengan nilai, ilmu, dan akhlak sebagai asas kepada kesejahteraan masyarakat.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada seluruh warga YBK atas kejayaan penganjuran Program Kenduri Sastera dan Malam Puisi Damai 3 pada 18 Oktober 2025 lalu di YBK Global Camp, Kg. Gesir Tengah. Beliau menyifatkan program tersebut sebagai satu langkah berani dan bermakna dalam merakyatkan sastera, menyuburkan jiwa budaya serta memperkukuh nilai kemanusiaan selaras dengan misi YBK dalam pembangunan insan dan pembasmian kemiskinan.

Mesyuarat turut mengadakan sambutan hari lahir Ustaz Faisal Tan Mutalib dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK) yang menyambut hari lahir pada bulan Oktober.


SEMANGAT MENDAKI MEETING – OCTOBER 2025

KELANA JAYA, 22 October 2025 – The Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) for the month of October was held at the YBK Headquarters at 11:00 AM.

The meeting was chaired by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. Also in attendance were YBK Board of Trustees members Mr. Zulhairy Jalaluddin, Mr. Zainal Mohd Jais, and Ustaz Faisal Tan Mutalib, along with Datin Dr. Hajah Hartini Osman, YBK Administrative Advisor.

In his address, the Chairman emphasized the importance of continuing the grassroots struggle to eradicate poverty, likening it to the roots of a tree—unseen, yet fundamental to the strength of its trunk and the fruits it bears. He also stressed the need to educate the younger generation with values, knowledge, and character as the foundation for a prosperous society.

He extended his congratulations to the entire YBK team for the successful organization of the Kenduri Sastera and Malam Puisi Damai 3 program held on 18 October 2025 at YBK Global Camp, Kg. Gesir Tengah. He described the program as a bold and meaningful initiative in popularizing literature, nurturing cultural spirit, and strengthening human values in line with YBK’s mission in human development and poverty eradication.

The meeting also included a birthday celebration for Ustaz Faisal Tan Mutalib and Ustaz Syaiful Akmal Addanan (YBK Administration Manager), who both celebrated their birthdays in October.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;