KG. GESIR TENGAH, 21 Ogos 2025 – Siri akhir Program Motivasi Neuro-Linguistic Programming (NLP) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama para pelatih dan karyawan Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) Gesir telah berlangsung dengan jayanya pagi ini.

Sesi dikendalikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, Jurulatih Bertauliah NLP merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YBK, yang telah menyampaikan pelbagai modul dan latihan motivasi sepanjang siri program terdahulu. Turut hadir bersama ialah Encik Jone Osmany dari YBK Global Camp. Dalam sesi ini, para pelatih diberi peluang untuk mengimbas kembali topik-topik utama NLP yang telah dipelajari, antaranya bagaimana memahami corak pemikiran diri, mengawal emosi secara bijak, serta membina kerangka pemikiran positif untuk menghadapi cabaran hidup dengan lebih yakin dan berkesan.

Akademi Kemahiran YBK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Zulhairy atas dedikasi dan kesungguhan beliau dalam membimbing para pelatih. Semoga setiap ilmu dan pengalaman yang dikongsi menjadi bekalan yang bermakna untuk membina jati diri yang kuat, bukan sahaja sepanjang tempoh latihan di AKYBK, tetapi juga dalam kehidupan selepas tamat pengajian.


Gambar: Facebook Akademi Kemahiran YBK


CLOSING SESSION OF THE NLP MOTIVATIONAL PROGRAM AT AKYBK GESIR

GESIR, 21 August 2025 – The final session of the Neuro-Linguistic Programming (NLP) Motivational Program organized by Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) with the trainees and staff of the YBK Skills Academy (AKYBK) Gesir was successfully conducted this morning.

The closing session was facilitated by Mr. Zulhairy Jalaluddin, a Certified NLP Trainer and Member of the Board of Trustees (ALPA) of YBK, who has been delivering various motivational modules throughout the previous series of the program. Also present to show support was Mr. Jone Osmany from YBK Global Camp. This session focused on revisiting key NLP topics that had been previously shared – including how to understand one's own thought patterns, manage emotions wisely, and build a positive mindset to face life’s challenges with greater confidence and effectiveness.

YBK extends its deepest appreciation to Mr. Zulhairy for his dedication and willingness to share his knowledge and guidance. May the insights and experiences gained serve as a meaningful foundation in strengthening the trainees’ character, not only during their time at AKYBK but also as they journey into the next chapter of their lives.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;