- Hit: 13
KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) bagi membina hubungan silaturrahim dan meneroka peluang kerjasama, khususnya dalam bidang pendidikan serta pengurusan pelajar.
Delegasi YBK diketuai oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) bersama Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengurus Pendidikan YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK), serta Cik Nurshafiqah Sunazman Abdul Aziz (Penolong Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK).
Kehadiran YBK disambut mesra oleh Encik Zamzuri Abdullah (Pengetua SBJK), Ustaz Suryady Ab Jalil (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), dan Puan Najemiah Azlin Mohd Tahir (Pegawai Kaunseling).
Sesi bermula dengan pembentangan latar belakang SBJK oleh pengetua, diikuti penerangan profil YBK. Perbincangan bersama turut menyentuh kerjasama strategik, antaranya pertukaran maklumat calon pelajar serta perkongsian ilmu pengurusan asrama. SBJK turut menyatakan minat untuk mempelajari pengalaman YBK mengurus Asrama Kasih melalui lawatan kerja yang bakal diatur.
Delegasi YBK kemudiannya dibawa meninjau fasiliti SBJK termasuk kelas akademik, kelas seni dan muzik, bilik asrama, anjung rooftop, kebun sekolah, serta gerai usahawan SBJK.
SBJK merupakan institusi unik di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, yang menampung pelajar daripada latar belakang mencabar termasuk anak-anak jalanan, gelandangan, yatim piatu, dan mereka yang berdepan isu dokumen pengenalan diri. Kehadiran sekolah ini memberi peluang kedua kepada kanak-kanak tersebut untuk mendapat pendidikan formal dan kehidupan lebih terarah.
Kunjungan hormat ini menjadi landasan awal untuk menjalin sinergi antara YBK dan SBJK dalam usaha memperkukuh pendidikan dan kesejahteraan generasi muda yang memerlukan.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
COURTESY VISIT BY YBK TO SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH
KUALA LUMPUR, 19 August 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) conducted a courtesy visit to Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) to foster relations and explore collaboration opportunities, particularly in the fields of education and student management.
The YBK delegation was led by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), accompanied by Ms. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (YBK Education Manager), Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media & Public Relations Manager), and Ms. Nurshafiqah Sunazman Abdul Aziz (Assistant Media & Public Relations Manager).
YBK was warmly welcomed by Mr. Zamzuri Abdullah (Principal of SBJK), Ustaz Suryady Ab Jalil (Senior Assistant for Student Affairs), and Ms. Najemiah Azlin Mohd Tahir (Counselling Officer).
The session began with a presentation on SBJK’s background by the principal, followed by an introduction to YBK’s profile. The discussion touched on potential strategic collaborations, including the exchange of student candidate information and the sharing of hostel management expertise. SBJK also expressed interest in learning from YBK’s experience in managing Asrama Kasih, with a working visit to be arranged.
The YBK delegation was then given a tour of SBJK's facilities, including academic classrooms, art and music rooms, dormitories, a rooftop lounge, the school garden, and the SBJK entrepreneurship stalls.
SBJK is a unique institution under the Ministry of Education Malaysia that caters to students from challenging backgrounds, including street children, the homeless, orphans, and those facing issues with identity documentation. The school provides these children with a second chance at formal education and a more structured life.
This courtesy visit marks an initial step toward building synergy between YBK and SBJK in their shared mission to strengthen education and improve the wellbeing of underprivileged youth.