- Hit: 15
KELANA JAYA, 13 Ogos 2025 - Perbincangan awal berkenaan cadangan mengadakan program Malam Puisi Damai Ke-3 telah berlangsung dengan sesi dipengerusikan oleh Encik Zainal Mohd Jais, ALPA Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merangkap Penasihat Media YBK.
Perbincangan turut disertai oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK, Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Puan Halimaton Saadiah (Pengurus Pendidikan YBK merangkap Pengetua Asrama Kasih YBK) dan Sdri. Shafiqah Sunazman (Penolong Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).
Fokus perbincangan adalah berkenaan pengisian program, kesesuaian tarikh, lokasi dan tema, serta gerak kerja yang akan dilaksanakan. Program Malam Puisi Damai ke-3 ini dirancang untuk diadakan pada bulan Oktober 2025 di Asrama Kasih YBK Serendah.
Kali terakhir Malam Puisi Damai iaitu penganjuran kali ke-2 telah diadakan pada bulan Mac 2018, dan edisi sulung pada tahun 2016, yang dicetuskan oleh Almarhum Dato' Bing Selamat Amir, mantan ALPA YBK yang juga merupakan peminat seni dan sastera.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
PRELIMINARY DISCUSSION ON MALAM PUISI DAMAI 3 PROGRAM
KELANA JAYA, 13 August 2025 – A preliminary discussion was held on the proposed organization of the third edition of the Malam Puisi Damai (Night of Peace Poetry), chaired by Mr. Zainal Mohd Jais, Trustee of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) and YBK Media Advisor.
The discussion was also attended by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager), Ms. Halimaton Saadiah (YBK Education Manager and Principal of Asrama Kasih YBK), and Ms. Shafiqah Sunazman (Assistant Manager of Media and Public Relations, YBK).
The main focus of the meeting was on program content, date suitability, venue, theme, and the action plan to be carried out. The third Malam Puisi Damai is scheduled to be held in October 2025 at Asrama Kasih YBK Serendah.
The last Malam Puisi Damai (second edition) was held in March 2018, with the inaugural edition in 2016, originally initiated by the late Dato' Bing Selamat Amir, a former YBK Trustee and avid supporter of arts and literature.