KELANA JAYA, 13 Ogos 2025 - Satu sesi perbincangan telah diadakan berkenaan cadangan Projek Kajian Pengurusan Asrama Kasih YBK Sebagai Model Transformasi Holistik oleh Kulliyyah Pelancongan Lestari Dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sesi yang merupakan lanjutan daripada perbincangan awal pada 30 Julai 2025 yang lepas telah dipengerusikan oleh Encik Zainal Mohd Jais, ALPA YBK merangkap Penasihat Media YBK.
Kertas cadangan telah dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Lilisuriani Abdul Latif, dengan objektif kajian untuk menghasilkan dapatan dan penerbitan yang akan menjadi rujukan nasional dalam pengurusan institusi rumah kebajikan dengan merujuk Asrama Kasih YBK sebagai model.

Turut bersama, Encik Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Halimaton Saadiah (Pengurus Pendidikan YBK merangkap Pengetua Asrama Kasih), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), dan Prof. Madya Dr. Nurul Jamilah Rosly.

Kajian ini akan mengambil masa satu tahun dan sebuah buku berkenaan dapatan kajian akan diterbit serta dilancarkan kepada umum apabila siap kelak.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


DISCUSSION ON PROJECT AND RESEARCH PUBLICATION: ASRAMA KASIH YBK AS A MODEL OF HOLISTIC TRANSFORMATION

KELANA JAYA, 13 August 2025 – A discussion session was held regarding the proposed research project titled “Management of Asrama Kasih YBK as a Model of Holistic Transformation” by the Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages, International Islamic University Malaysia (IIUM).

This session, which followed an earlier preliminary meeting held on 30 July 2025, was chaired by Mr. Zainal Mohd Jais, YBK Trustee and Media Advisor.

The research proposal was presented by Associate Professor Dr. Lilisuriani Abdul Latif, with the objective of producing findings and a publication that could serve as a national reference in the management of welfare home institutions, using Asrama Kasih YBK as the model.

Also in attendance were Mr. Zulhairy Jalaluddin (YBK Trustee), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Ms. Halimaton Saadiah (YBK Education Manager and Principal of Asrama Kasih), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (YBK Administration Manager), Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager), and Associate Professor Dr. Nurul Jamilah Rosly.

The research is expected to span one year, and a book based on the study’s findings will be published and launched for public access upon completion.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;