- Hit: 16
KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2025 – Pengerusi Women Economic Forum - WEF ASEAN merangkap Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman telah tampil sebagai panel jemputan dalam sesi khas sempena pelancaran Women-led City Initiative in ASEAN dan model AURORA (ASEAN Urban Women for Resilience and Transformative Sustainable Actions) di Kuala Lumpur Convention Centre.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif turut menjadi salah seorang ahli panel forum.
Dalam sesi perkongsian, Datin Dr. Hartini telah memberikan pandangan daripada sudut seorang wanita usahawan, menyentuh peranan signifikan wanita dalam kepimpinan, ekonomi, serta pengalaman beliau membina kejayaan sebagai usahawan. Beliau turut menekankan kepentingan jaringan kerjasama dan inovasi wanita di peringkat ASEAN bagi memperkukuh daya tahan komuniti bandar serta mewujudkan transformasi mampan.
Turut hadir memberikan sokongan ialah YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Datin Norli Hj. Alias (WAWASANITA), dan rakan-rakan.
AURORA, yang diinspirasikan daripada inisiatif UN-Habitat, berteraskan lima tiang utama: Tadbir Urus Inklusif, Perancangan Responsif Gender, Daya Tahan Iklim & Keadilan, Ruang Awam Selamat & Memberdayakan, serta Inovasi & Pembelajaran. Kuala Lumpur selaku bandar tuan rumah komited untuk mengintegrasikan prinsip-prinsip ini dalam perancangan bandar demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan rantau ASEAN.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
KUALA LUMPUR, 12 August 2025 – The Chairperson of the Women Economic Forum (WEF) ASEAN and Administrative Advisor to Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, participated as an invited panelist in a special session held in conjunction with the launch of the Women-led City Initiative in ASEAN and the AURORA model (ASEAN Urban Women for Resilience and Transformative Sustainable Actions) at the Kuala Lumpur Convention Centre.
The event was officiated by YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Minister in the Prime Minister’s Department (Federal Territories), and also featured the Mayor of Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, as one of the forum panelists.
During the session, Datin Dr. Hartini shared her insights from the perspective of a woman entrepreneur, highlighting the significant role of women in leadership and the economy, as well as her own experiences in building success as a businesswoman. She also emphasized the importance of collaboration networks and women-led innovation at the ASEAN level to strengthen urban community resilience and foster sustainable transformation.
Also present to show their support were YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Datin Norli Hj. Alias (WAWASANITA), and other colleagues.
AURORA, inspired by the UN-Habitat initiative, is anchored on five key pillars: Inclusive Governance, Gender-Responsive Planning, Climate Resilience & Justice, Safe & Empowering Public Spaces, and Innovation & Learning. As the host city, Kuala Lumpur is committed to integrating these principles into urban planning for the wellbeing of its people and the advancement of the ASEAN region.