KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2025 – Presiden Women Economic Forum (WEF) ASEAN, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), YBhg. Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dalam satu sesi yang berlangsung di Wisma BERNAMA pada jam 4.00 petang.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Datin Paduka Nur-ul Afida yang menyambut kehadiran delegasi WEF ASEAN dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Dalam ucapannya, Presiden WEF ASEAN menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BERNAMA atas kerjasama dan sokongan padu sepanjang penganjuran WEF ASEAN 2025 yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Jun 2025 yang lalu.

Datin Dr. Hartini turut menyampaikan Anugerah WEF ASEAN 2025 “Women of The Decade” kepada Datin Paduka Nur-ul Afida atas sumbangan dan kepimpinan cemerlang beliau dalam bidang media dan komunikasi massa.

Sesi turut diisi dengan perbincangan bersama antara BERNAMA, YBK dan YBCare yang menyentuh peluang kerjasama strategik dalam aspek penyebaran maklumat, advokasi dan program kepada masyarakat khususnya pemerkasaan wanita.

Barisan pengurusan kanan BERNAMA yang turut serta dalam sesi ini terdiri daripada Encik Mohd Shukri Ishak selaku Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita; Puan Azlina Aziz, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi; Puan Sharifah Zaini Syed Zain, Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan; Puan Mastura Hassan, Ketua Komersial; Encik Azlan Idris, Ketua Radio; Puan Nor Hamzeela Md Hambali, Ketua TV; serta Puan Mariati Mohd Arif, Ketua Hal Ehwal Korporat.

Turut hadir bersama delegasi WEF ASEAN dan YBK ialah YBhg. Dato’ Dr. (h.c.) Haji Zainal Abidin Sakom selaku Pengerusi YBK; ahli Lembaga Penasihat WEF ASEAN 2025 iaitu Datin Dr. Norli Hj Alias, Datin Dr. Hasnorliza Binti Abu Hassan dan Cik Siti Khadijah Ariffin; serta En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

YBK merupakan penganjur bersama WEF ASEAN 2025 dan telah menjalin kerjasama berterusan dengan pelbagai pihak termasuk BERNAMA selaku rakan media dalam usaha memperkasa pembangunan wanita dan ekonomi inklusif serantau.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;