- Hit: 27
TANJUNG KARANG, 6 Ogos 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) berbesar hati menyertai dua slot eksklusif dalam program podcast komuniti “Berilmu Berbakti” anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar - PKPP Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena inisiatif Kampung Angkat Madani @ Jiwa Putra.
Sesi istimewa YBK dimuatkan dalam Slot 27 bertajuk “35 Tahun YBK: Basmi Kemiskinan, Bina Kesejahteraan”, menampilkan YBhg. Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK. Pengisian berkisar tentang kisah penubuhan YBK, kejayaan program-program utama serta harapan masa depan dalam meneruskan agenda membasmi kemiskinan dan membina kesejahteraan.
Slot 28 pula mengangkat tema “Wanita Pemangkin Pembangunan Keusahawanan Negara”, disertai oleh tokoh wanita iaitu Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), Datin Dr. Norli Hj. Alias (WAWASANITA), Cik Siti Khadijah Ariffin, dan Hjh. Mastura Hj. Abd Manap, membicarakan peranan wanita dalam pembangunan sosioekonomi negara.
YBK merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku penganjur utama program ini. Semoga hubungan strategik ini akan terus diperkukuh dalam pelbagai inisiatif akan datang demi manfaat bersama komuniti dan negara.
Sesi podcast ini telah berlangsung selama 30 jam tanpa henti dengan 30 slot pengisian – sebagai percubaan mencatat rekod dalam The Malaysian Book of Records.
Gambar - Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK JOINS “BERILMU BERBAKTI” PODCAST SESSION IN CONJUNCTION WITH KAMPUNG ANGKAT MADANI @ JIWA PUTRA PROGRAM
TANJUNG KARANG, 6 August 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was honoured to participate in two exclusive segments of the “Berilmu Berbakti” community podcast, organized by the Centre for Co-curriculum and Student Development (PKPP) of Universiti Putra Malaysia (UPM), held in conjunction with the Kampung Angkat Madani @ Jiwa Putra initiative.
YBK’s special participation was featured in Slot 27, titled “35 Years of YBK: Eradicating Poverty, Building Prosperity”, with appearances by YBhg. Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK, and Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Chief Executive Officer of YBK. The session focused on the history of YBK’s establishment, the success of its key programmes, and its continued commitment to poverty eradication and community well-being.
Slot 28, themed “Women as Catalysts for National Entrepreneurial Development”, featured prominent women leaders including Datin Dr. (H.C) Hajah Hartini Osman (Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan), Datin Dr. Norli Hj. Alias (WAWASANITA), Ms. Siti Khadijah Ariffin, and Hjh. Mastura Hj. Abd Manap, discussing the critical role of women in the nation's socio-economic development.
YBK extends its deepest appreciation to the Centre for Co-curriculum and Student Development, Universiti Putra Malaysia (UPM) for organizing this impactful programme. It is hoped that this strategic collaboration will continue to flourish in future initiatives for the benefit of the community and the nation.
The podcast session ran continuously for 30 hours with 30 different segments – a record-breaking attempt submitted to The Malaysian Book of Records.