- Hit: 33
SERENDAH, 2 Ogos 2025 – Asrama Kasih YBK Serendah hari ini menjadi saksi semangat kebersamaan yang luar biasa apabila lebih 100 peserta terdiri daripada warga kerja Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), pelajar, pelatih, komuniti setempat dan pelbagai agensi berkumpul menjayakan Program Gotong-Royong Perdana Asrama bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 1 petang.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan penuh semangat dan kerjasama seperti membersihkan kawasan asrama, mengecat pagar utama, memperindah landskap serta menanam 50 anak pokok kelapa dan pelbagai jenis pokok buah-buahan di sekitar kawasan asrama.
Program ini turut mendapat penyertaan aktif daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Ahli Majlis Zon Serendah, KDEB, JPKK Kg. Dato’ Harun Serendah, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, COMBI Hulu Selangor, Kelab Belia Asrama Kasih, Kelab Belia Jatidiri Serendah, WI Serendah, Kelab Badan Amal Kebajikan Anggun (BAKA), Kawasan Rukun Tetangga Kg Seri Serendah, Alumni Asrama Kasih YBK dan anggota RELA Hulu Selangor.
Turut hadir memberi sokongan ialah Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, yang turut serta dalam aktiviti penanaman anak pokok dan kerja-kerja pemangkasan pokok. Hadir sama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Asrama Kasih YBK serta Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, yang masing-masing melibatkan diri secara aktif sepanjang program berlangsung.
Dalam ucapan penutupnya, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan program ini. Beliau menegaskan bahawa kolaborasi seperti ini bukan sahaja mencerminkan semangat gotong-royong, malah menjadi asas dalam membentuk komuniti yang prihatin dan sejahtera.
YBK merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga inisiatif seperti ini terus menyemai nilai kebersamaan dan memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kebajikan dan keharmonian persekitaran.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
SPIRIT OF COOPERATION ENLIVENS ASRAMA KASIH YBK SERENDAH GRAND GOTONG-ROYONG PROGRAM
SERENDAH, 2 August 2025 – Asrama Kasih YBK Serendah today witnessed an inspiring spirit of togetherness as more than 100 participants comprising staff of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), students, trainees, local community members, and various agencies came together for the Asrama Grand Gotong-Royong Program, which ran from as early as 8:30 a.m. until 1:00 p.m.
Various activities were carried out with great enthusiasm and teamwork, including cleaning the hostel area, painting the main gate, enhancing the landscape, and planting 50 coconut saplings along with various types of fruit trees around the hostel grounds.
The program also saw active participation from the Hulu Selangor Municipal Council, the Serendah Zone Council Member, KDEB, JPKK Kg. Dato’ Harun Serendah, Hulu Selangor District Health Office, COMBI Hulu Selangor, Asrama Kasih Youth Club, Jatidiri Serendah Youth Club, Serendah Women’s Institute (WI), Anggun Welfare Charitable Club (BAKA), Kg Seri Serendah Neighbourhood Watch, Asrama Kasih YBK Alumni, and members of RELA Hulu Selangor.
Also present to show their support was YBK Chairman, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, who took part in the tree-planting activity and pruning work. Joining him were YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK, and Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, YBK’s General Manager – both of whom actively participated throughout the program.
In his closing speech, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom expressed his heartfelt appreciation to all parties who attended and contributed to the program’s success. He emphasized that such collaboration not only reflects the spirit of mutual cooperation (gotong-royong) but also forms a foundation for building a caring and harmonious community.
YBK extends its deepest gratitude to all involved. May initiatives like this continue to nurture unity and foster a shared sense of responsibility in maintaining the welfare and harmony of our surroundings.