- Hit: 53
KELANA JAYA, 30 Julai 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menerima kunjungan hormat daripada Prof. Madya Dr. Lilisuriani Abdul Latif dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Pagoh dalam satu sesi perbincangan khas berkaitan cadangan kajian akademik dan penulisan buku bertajuk Model Kejayaan Asrama Kasih YBK.
Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), En. Zulhairy Jalaluddin (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).
Cadangan kajian yang dikemukakan telah mendapat persetujuan prinsip daripada Pengerusi YBK, dengan hasrat agar perbincangan lanjut mengenai skop, pendekatan dan pelaksanaan penyelidikan dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Pengerusi YBK turut merakamkan penghargaan atas kesudian Dr. Lilisuriani menjalankan penyelidikan berkenaan modul pengurusan Asrama Kasih YBK yang telah terbukti melahirkan ramai pelajar berjaya sejak sekian lama. Beliau turut menyatakan rasa terhutang budi YBK terhadap jasa besar Almarhum Pak Latif, mantan Pengetua Asrama Kasih yang juga merupakan ayahanda kepada Dr. Lilisuriani.
Pengerusi YBK turut mencadangkan En. Zainal Mohd Jais, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK merangkap Penasihat Jabatan Media mengetuai jawatankuasa penulisan dan dokumentasi hasil kajian, memanfaatkan pengalaman luas beliau dalam bidang penulisan dan penerbitan.
Usaha ini dilihat sebagai satu langkah penting dalam mendokumentasikan pencapaian dan pendekatan unik Asrama Kasih YBK agar dapat dijadikan rujukan dan model terbaik kepada institusi lain yang turut berperanan membina masa depan anak bangsa dari keluarga berpendapatan rendah.
ACADEMIC STUDY ON THE SUCCESS MODEL OF ASRAMA KASIH YBK
KELANA JAYA, 30 July 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) received a courtesy visit from Associate Professor Dr. Lilisuriani Abdul Latif of the International Islamic University Malaysia (IIUM), Pagoh Campus, in a special discussion session regarding a proposed academic study and book entitled The Success Model of Asrama Kasih YBK.
The discussion was also attended by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), Mr. Zulhairy Jalaluddin (YBK Board of Trustees Member), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), and Mr. Audi Faliq Ibrahim (Manager of Media and Public Relations, YBK).
The proposed study received in-principle approval from the Chairman of YBK, who expressed hope that further discussions on the scope, approach, and implementation of the research could be finalised soon.
The Chairman also extended his appreciation to Dr. Lilisuriani for her willingness to conduct research on the management module of Asrama Kasih YBK, which has long been proven to produce many successful students. He also expressed YBK’s deep gratitude for the contributions of the late Pak Latif, former Principal of Asrama Kasih and father of Dr. Lilisuriani.
The Chairman proposed that Mr. Zainal Mohd Jais, a YBK Board of Trustees Member and Advisor to the Media Department, lead the writing and documentation committee for the research, leveraging his extensive experience in writing and publishing.
This initiative is viewed as a vital step in documenting the achievements and unique approach of Asrama Kasih YBK, so that it may serve as a reference and exemplary model for other institutions working to shape the future of underprivileged youth.