KELANA JAYA, 15 Julai 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Khairul Fadzli bin Abu Zarim (Yang DiPertua PIBG) dan Encik Sazali bin Sarwan (GPK Pentadbiran dan Akademik) SK Sungai Tekali di Ibu Pejabat YBK.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh YBK dan SK Sungai Tekali, khususnya dalam program-program motivasi, pembinaan sahsiah serta komuniti sekolah dan setempat.

Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah memberikan taklimat berkenaan latar belakang YBK dan program-program yang boleh dilaksanakan, dan amat mengalu-alukan hasrat SK Sungai Tekali untuk bersama demi manfaat pelajar, sekolah dan komuniti.

Turut bersama, Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK); Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengurus Pendidikan, Modal Insan dan Penyelidikan YBK); dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

SK Sungai Tekali terletak di daerah Hulu Langat, Selangor dan mempunyai jumlah pelajar sekitar 300 orang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;