KUALA LUMPUR, 14 Julai 2025 - Presiden Women Economic Forum ASEAN merangkap Penasihat Pentadbiran YBK, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia dan Brunei, Tuan Yang Terutama Karim Elsadat di Pejabat Kedutaan Besar Republik Arab Mesir di sini.

Kunjungan hormat ini adalah bagi menyampaikan anugerah WEF ASEAN 2025 'Legendary Women of the Decade' kepada Yang Berhormat Puan Maya Morsy, Menteri Perpaduan Sosial Republik Arab Mesir, di samping penerangan berkenaan dapatan daripada program WEF ASEAN 2025.

Turut dibincangkan dalam pertemuan ini adalah kerjasama strategik dalam bidang pembasmian kemiskinan dan kesejahteraan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) di Republik Arab Mesir dan juga negara-negara serantau di benua Afrika, khususnya perkongsian ilmu dan latihan keusahawanan serta kepimpinan kepada golongan wanita.

Hadir dalam kunjungan hormat ini adalah Puan Fatma Al Zahraa Hassan (Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Republik Arab Mesir) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;