- Hit: 61
KUALA LUMPUR, 11 Julai 2025 - Presiden Women Economic Forum - WEF ASEAN, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman hari ini telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YBrs. Dr. Sugumari S. Shanmugam, Pengarah Kanan, Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Pertemuan ini adalah bagi menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih Lembaga Penasihat dan Sekretariat WEF ASEAN 2025 kepada Pengurusan Tertinggi MITI yang telah memberikan sokongan penuh dan bersama-sama menjayakan program WEF ASEAN 2025.
YBrs. Dr. Sugumari menyifatkan bahawa program WEF ASEAN 2025 adalah yang terbaik dan berjaya pernah dianjurkan bersama MITI sehingga menerima banyak maklum balas positif daripada pihak-pihak yang terlibat, dan mengucapkan tahniah kepada Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare dan Yayasan Basmi Kemiskinan selaku penganjur utama.
Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); Encik Ravi CK Raman; Puan Siti Muslihani Abdul Ghani (Pengarah); Encik Azrul Sani Ibrahim (Ketua Penolong Pengarah Kanan); Encik Muhamad Asrul Abd Malik dan Puan Norhaizan Nik Jaafar (Ketua Penolong Pengarah).
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan