KELANA JAYA, 10 Julai - Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Bil. 6/2025 telah berlangsung dengan jayanya hari ini, melibatkan penyertaan pelbagai pihak dalam kalangan kepimpinan, pengurusan dan rakan strategik YBK.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin dan En Zainal Jais, di samping Ketua-Ketua Jabatan dan Outlet YBK serta wakil daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom kemudian mempengerusikan mesyuarat, dan dimulakan dengan mendengar laporan pengurusan yang disampaikan oleh Pengurus Besar, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz.

Antara inti pati nasihat beliau adalah NLP sebagai ubat untuk merubah persepsi minda karyawan. Ambil ilmu NLP untuk menjadikan diri sebagai insan KAMIL (sempurna). Cara berfikir "Masyarakat YBK" setaraf dengan tahap perkembangan YBK yang telah angkat di peringkat ASEAN.

Selesai amanat Dato' Pengerusi, setiap ALPA diberi ruang untuk memberikan perkongsian masing-masing untuk pedoman para karyawan yang hadir. Mesyuarat diakhiri dengan penyerahan kad hari lahir karyawan yang menyambut hari lahir pada bulan Julai dan sijil penghargaan kepada dua pelatih industri yang bakal tamat pada bulan ini.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;