- Hit: 77
UPM SERDANG, 9 Julai 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menghadiri Seminar Hasil Penyelidikan 2025 anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Dr. (h.c.) Zainal Abidin Sakom telah bersama YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan) dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib (ALPA YBK), serta En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) hadir dalam seminar ini.
Turut bersama, Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia YBK) dan En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK).
Seminar sehari ini membentangkan hasil-hasil kajian IPSAS kepada awam khususnya para pemegang taruh. IPSAS merupakan rakan strategik YBK yang proaktif dalam bidang penyelidikan.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
