KELANA JAYA, 29 April 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini menerima kunjungan lima orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Komuniti dengan Keusahawanan Sosial dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Kumpulan pelajar Tahun Pertama yang diketuai oleh Sdr. Muhamad Faaiz Che Hasan ini hadir bagi melaksanakan sesi temu ramah untuk mendapatkan maklumat berkaitan sejarah penubuhan, pengurusan, serta pelaksanaan program-program YBK, khususnya dalam bidang keusahawanan sosial, pendidikan, dan pembangunan komuniti.

Sesi dimulakan dengan taklimat oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, yang turut diikuti sesi soal jawab bersama para pelajar. Dalam pertemuan ini, YBK turut membuka ruang kerjasama untuk pelaksanaan program kesukarelawanan, pembangunan komuniti, dan motivasi melibatkan pelajar UMK pada masa akan datang.

Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan YBK, iaitu Puan Rozita Arbain (Pengurus Kewangan dan Pembangunan Aset), Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran, Sumber Manusia dan Pendidikan), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam), serta Encik Asuad Ismail (Pengurus YBK Global Camp).


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


UMK COMMUNITY MANAGEMENT AND SOCIAL ENTREPRENEURSHIP STUDENTS VISIT YBK

KELANA JAYA, 29 April 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) this morning welcomed a visit from five students of the Bachelor of Community Management with Social Entrepreneurship programme from Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

The group of first-year students, led by Mr. Muhamad Faaiz Che Hasan, visited YBK to conduct an interview session aimed at gathering information on YBK’s history, management, and programs, particularly those related to social entrepreneurship, education, and community development.

The session began with a briefing by YBK’s General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, followed by a question-and-answer session with the students. During the visit, YBK also extended an invitation for future collaboration in volunteerism, community initiatives, and motivational programmes with UMK students.

Also present were YBK Heads of Department, namely Ms. Rozita Arbain (Finance and Asset Development Manager), Ms. Norleza Hambali (Administration, Human Resources and Education Manager), and Mr. Audi Faliq Ibrahim (Media and Public Relations Manager), as well as Mr. Asuad Ismail (Manager of YBK Global Camp).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;