SERENDAH, 21 Mac 2024 - Asrama Kasih YBK Serendah (ASKAS) telah menerima infaq Iftar Ramadan daripada Khadijah International Wakaf Foundation (KIWF) yang disampaikan oleh Puan Hajah Rohani Shahir selaku Pengerusi.

Sebanyak 125 juadah berbuka puasa telah diinfaqkan kepada anak-anak ASKA. Puan Halimaton Saadiah, Pengetua ASKAS melahirkan ucapan terima kasih beliau dan YBK atas sumbangan yang diberikan. Dalam kesempatan yang sama, Puan Hajah Rohani telah memberikan perkongsian motivasi bagi memberi suntikan semangat kepada anak-anak ASKA. Beliau menyebut berkenaan kepentingan pendidikan dan penetapan matlamat dalam hidup.

Difahamkan KIWF akan menaja pek berbuka puasa sebanyak 7 kali sepanjang bulan Ramadan. Ini merupakan sebahagian daripada 900 ribu pek berbuka puasa yang disediakan KIWF untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan, dan ini merupakan kali pertama ASKAS menerima sumbangan infaq daripada KIWF. Di samping itu, KIWF juga bersedia untuk membantu mendapatkan penajaan bagi keperluan persekolahan dan tuisyen anak-anak ASKAS.


Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Serendah


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;