KELANA JAYA, 19 Januari 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) petang ini telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Norazlinawaty Abdullah yang merupakan Pengarah Pusat Pengajian Kejururawatan University College Bestari (UCB).

Kunjungan hormat beliau ke YBK adalah bagi membincangkan potensi kerjasama yang boleh diteroka oleh kedua-dua pihak. Sesi perbincangan telah dimulakan dengan pembentangan profil YBK oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK. Kemudian perbincangan menjurus kepada peluang kerjasama yang boleh diteroka dalam bidang pendidikan dan program.

Turut bersama, Puan Norleza Hambali (Pengurus Pendidikan dan Pentadbiran) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam).

Secara dasarnya kedua-dua pihak telah mengenal pasti perkara-perkara yang boleh dijadikan asas kerjasama terutama dari aspek pendidikan, program, dan latihan industri. Perbincangan lanjut akan dilaksanakan bagi memeterai kerjasama secara formal dalam masa terdekat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;