PATTANI (THAILAND), 23 Disember 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah hadir ke Majlis Kasih Sayang sempena 1 Tahun GISB Holdings Sdn. Bhd. beroperasi di negara Thai.

YBK telah diwakili oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman , Penasihat Pentadbiran YBK dan juga Encik Zulhairy Jalaluddin (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK). Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Majlis bermula pada jam 8:30 pagi waktu tempatan yang turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali (Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH) serta kepimpinan GISBH, tetamu jemputan khas, serta pimpinan tempatan antaranya mantan Gabenor Wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat dan Pegawai Daerah Nong Chik.

GISB Holdings Sdn. Bhd. merupakan rakan strategik YBK yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti YBK dengan matlamat bersama membina kesejahteraan ummah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;