1 JUN 2023 - Pengasas, Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan seluruh karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan mengucapkan takziah dan berdukacita atas pemergian Almarhum Prof. Madya Dr. Hj Abdul Rahman Bin Ayub, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YBK yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini, 1 Jun 2023. Almarhum dilantik menjadi ALPA YBK pada tahun 2017.

Beliau merupakan pensyarah di Fakulti Alam Pembinaan, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Dilahirkan pada tahun 1964 dan berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Old Dominion University, Virginia, US pada tahun 1986. Beliau juga memiliki Sarjana Kejuruteraan Awam daripada Oklahoma State University (1996) dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pembinaan dan Pengurusan Projek daripada Universiti Sains Malaysia (2012).

Berpengalaman sebagai guru dan pensyarah di pelbagai institusi antaranya di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM); menjadi Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia; dan Pensyarah Kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dilantik menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK mulai 1 Oktober 2017 dan bertanggungjawab memantau program Pendidikan Tinggi di YBK.

Ketokohan, sumbangan dan jasa baik Almarhum kepada YBK dan masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan sepanjang hayatnya akan sentiasa diingati serta dikenang, dan semoga ia menjadi asbab pahala dan saksi kepada Almarhum.

Al-Fatihah.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;