SERDANG, 16 April 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah hadir Program Iftar Ihya Ramadan Al-Falah atas jemputan dan anjuran Pengurusan dan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Prof. Madya Dr. Haji Abdul Rahman Ayub, ALPA YBK telah mewakili Pengerusi YBK YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom ke majlis ini, yang turut dihadiri oleh pelajar Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah.

Pengisian majlis ini antaranya khatam Al-Quran serta sumbangan baju dan duit raya KOSASS kepada pelajar ASKA Serendah yang hadir. Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Timbalan Pengetua ASKA Serendah) turut dipelawa memberikan tazkirah Ramadan kepada hadirin.

Terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengetua KOSASS serta Pengurusan dan Majlis Tertinggi Mahasiswa KOSASS atas kesudian mengundang YBK ke Majlis ini. Semoga ikatan ukhwah dan segala amalan kita diberkati Allah SWT.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;