KELANA JAYA, 8 Mac 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.

Delegasi Masjid Jamek diketuai oleh Ustaz Yahya Mahyuddin Utoh Said, Ketua Imam Masjid Jamek. Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom mengalu-alukan kehadiran dan bersama dalam perbincangan. Turut serta, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Ketua-Ketua Jabatan.

Kerjasama antara YBK dan Masjid Jamek telah terjalin sejak tahun 2014 iaitu ketika Ustaz Faisal Tan (mantan Ketua Imam merangkap mantan ALPA YBK) memimpin masjid, dan sinonim dengan program Santuni Gelandangan yang telah berlangsung selama 6 tahun sebelum tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi YBK melahirkan harapan agar hubungan YBK dan Masjid Jamek terus subur dan bersama-sama berkarya dalam mencari pendekatan baru untuk manfaat masyarakat. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mempelbagaikan kolaborasi dan berkongsi kepakaran dan jaringan rakan-rakan strategik untuk manfaat bersama.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;