KUALA LUMPUR, 1 Januari 2023 - Setelah dua tahun tidak dilaksanakan, program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan telah digerakkan semula di lokasi tetapnya Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.

Sebanyak 300 pek sarapan pagi yang disediakan oleh Dapur YBK telah dihantar ke Masjid untuk diedarkan selepas solat dan kuliah Subuh. Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah turun untuk membuat edaran.

Turut bersama, Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir), serta karyawan Jabatan Media YBK. Selain menyantuni gelandangan @ rakan jalanan, objektif pagi ini juga adalah untuk menyantuni tetamu-tetamu Masjid yang hadir sempena Program Ambang Gema Syukur 2023.

Walaupun kehadiran gelandangan tidak ramai seperti sebelum ini, namun ini merupakan permulaan untuk aktiviti ini digerakkan semula, bagi menyubur semangat kesukarelawanan dan mendidik sifat prihatin.

Terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim (Pengerusi Masjid) dan Ustaz Yahya Mahyuddin Utoh Said (Imam Masjid) atas kerjasama yang diberikan.


KUALA LUMPUR, January 1, 2023 - After two years of non-implementation, the Santuni Gelandangan (Feed The Homeless) programme has been re-started at the permanent location of Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.

A total of 300 breakfast packs provided by the YBK Kitchen were sent to the Mosque for distribution after the prayers and lectures of Subuh. General Manager of YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz has joined for the distribution.

Also present were Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Principal of Asrama Kasih YBK Gesir), as well as employees of the YBK Media Department. Apart from accommodating the homeless, the objective of this morning is also to meet the guests of the mosque who are present in conjunction with the 2023 Gema Syukur Threshold Program.

Although the presence of the homeless is not as large as before, this is the beginning of this activity to be re-energized, to inculcate the spirit of volunteerism and to educate the caring community.

Thank you to Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim (Chairman of the Mosque) and Ustaz Yahya Mahyuddin Utoh Said (Imam Masjid) for their cooperation.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;