SERENDAH, 10 Oktober 2022 - Warga Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah pagi ini telah menyambut Maulidur Rasul bersama semua anak-anak ASKA dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Majlis dimulakan dengan perarakan anak-anak membawa sepanduk mengikut tingkatan bersama mengalunkan selawat kepada Nabi Junjungan Muhammad S.A.W. di padang ASKA. Majlis diteruskan di Dewan ASKA Serendah dengan mendengar pembentangan sepanduk dari wakil tingkatan masing-masing.

Bagi melengkapi majlis sambutan Maulidur Rasul ini Ustaz Syaiful Akmal Adnan, Timbalan Pengetua telah menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Mencontohi Dakwah Baginda'. Memeriahkan lagi majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengetua kepada pemenang Kumpulan perarakan terbaik tempat pertama jatuh kepada Tingkatan 5, ke-2 Tingkatan 2, dan ke-3 tingkatan 4. Manakala pemenang kumpulan sepanduk Paling Kreatif dimenangi oleh Tingkatan 5, tempat ke-2 Tingkatan 1, dan yang ke-3 Tingkatan 3.

Untuk makluman anak-anak mengambil masa sehari sahaja menyiapkan sepanduk mereka. Mereka begitu bersemangat dan teruja menyiapkan sepanduk bersama rakan-rakan. Di akhir majlis semua anak- anak dan warga kerja ASKA Serendah bersama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan merakamkan gambar kenang kenangan.

Semoga majlis sambutan Maulidur Rasul ini dapat menyuntik dalam jiwa anak-anak cintakan Allah dan Rasulullah S.A.W.

Berita disediakan oleh Asrama Kasih YBK Serendah dan disunting oleh Jabatan Media dan Perhubungan Awam YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;