SERENDAH, 19 April 2022 - Telah berlangsung Majlis Khatam dan Tadarus Al-Quran oleh anak-anak Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA Serendah).

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin bin Zulcifly, Ahli Lembaga Penasihat ASKA Serendah. Sebelum memulakan bacaan Al-Quran, anak-anak terlebih dahulu telah ditayangkan rakaman video Tazkirah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin bin Hj. Sakom, Pengerusi YBK.

Seramai 161 orang anak-anak ASKA Serendah telah mengikuti tadarus Al Quran ini sejak 2 Ramadhan sehingga 14 Ramadhan 1443H. Majlis khatam Al-Quran ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Hafizuddin Hamzah, Coach ASKA Serendah.

Pihak syarikat Permatang Sepakat tahun ini telah menaja 165 set bunga telur yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Zainal dan Pengetua kepada anak-anak ASKA Serendah sebagai simbolik meraikan anak-anak yang telah khatam tadarus Al Quran Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah.

Laporan/berita disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK Serendah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;