(TELESIDANG), 25 Februari 2022 - Alumni ASKA bersama Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA) telah mengadakan sesi Bicara Motivasi bersama Saudara Imanuddin Razali dan para alumni ASKA secara tele-sidang.

Saudara Imanuddin bersama para alumni ASKA antaranya Saudara Rosshahadir, Noorazli Torje, Hashim Ramli, Dr. Fatimah Dzohrah serta lain-lain telah meluangkan masa selama 2 jam berkongsi tips dan pengalaman kepada anak-anak ASKA yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Sesi yang dikendalikan oleh Puan Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah) berlangsung dengan suasana santai serta ceria dan ternyata sangat memberi manfaat dengan maklum balas positif daripada anak-anak ASKA yang turut serta.

Saudara Imanuddin merupakan alumni lepasan SPM 2002 dan kini berkhidmat sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan di OYO Rooms Hospitality Malaysia.

Terima kasih kepada Saudara Imanuddin dan Alumni ASKA atas perkongsian, nasihat dan doa yang diberikan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;