KELANA JAYA, 20 Januari 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menerima kunjungan daripada Pertubuhan Wanita Impian Ehsan (PERWANIE), Pertubuhan Penjanaan Ekonomi & Rangkaian Wanita (PPREW) dan NGO Nusa Sejagat untuk perbincangan penerokaan kerjasama strategik.

Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mempengerusikan sesi perbincangan dan turut disertai oleh Pn. Aliah Zam (Pengurus Media & Perhubungan Awam). PERWANIE telah diwakili oleh Pn. Bainun Ahmad manakala Nusa Sejagat diwakili oleh Presidennya Sdr. Meor Hilmi dan juga Pn. Emma Harith selaku Bendahari PPREW.

Perbincangan berjalan dengan sangat baik dan semua pihak bersepakat untuk merealisasikan kerjasama melalui pelaksanaan program berbentuk kursus yang dijangka pada bulan Februari nanti, serta kerjasama jangka panjang dari aspek ilmu pemasaran dan keusahawanan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;