HULU LANGAT, 27 Disember 2021 - Karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan kekal komited menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah banjir baru-baru ini. Melalui inisiatif Dapur YBK, pek-pek makanan telah dimasak, disiap dan diagihkan kepada penduduk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat yang kini sedang dalam proses membersihkan kediaman masing-masing.

Terlihat riak kesyukuran pada wajah penerima di kala karyawan YBK menyerahkan sumbangan makanan dan barangan, sedikit sebanyak mengubat kegusaran di hati dan lelah mengemas. Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz turut bersama mengagihkan makanan dan barangan bersama karyawan YBK yang hadir. YBK beriltizam untuk terus menyumbang dan membantu sedaya mampu kepada mereka yang terkesan dengan musibah ini.

Taman Sri Nanding di Hulu Langat ini merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas dan kini menjadi tumpuan utama para NGO, pertubuhan dan sukarelawan untuk membantu khususnya gerak kerja pasca banjir.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;