TAPAH (PERAK), 8 Disember 2021 - Di sebelah petang, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom , Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan telah ke Penjara Tapah atas jemputan Program Bersama Banduan Kategori Radikal, selepas beliau meluangkan masa di Pusat Koreksional Kamunting pada sebelah pagi.
 
Di sini beliau turut memberikan perkongsian motivasi dan peluang yang ditawarkan YBK khususnya dalam lapangan pertanian kepada penghuni Tahanan Radikal & Berisiko Tinggi. Juga hadir memberikan perkongsian adalah Datuk Nadzim Johan (Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)) dan Datin Che Roslina (Penasihat PPIM).
 
Turut bersama, Tuan PKK Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Penolong Kanan Komisioner Bahagian Banduan / Tahanan Radikal & Berisiko Tinggi; Tuan TKP Faisal bin Mohamed Noor (Pengarah Penjara Tapah); En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan pegawai-pegawai kanan penjara.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;