Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melalui Program YBK Prihatin telah mula bergerak mengagihkan sumbangan barangan makanan asas kepada keluarga-keluarga terkesan yang terpilih.

Sejak permohonan untuk bantuan dibuka kepada awam pada awal Julai 2021, YBK telah menerima lebih 1,000 buah permohonan daripada keluarga yang terkesan dari seluruh negara, dan jumlah ini semakin bertambah dari hari ke hari. Sehingga akhir Julai, lebih 50 buah keluarga telah pun dibantu.

Bagi melancarkan gerak kerja, YBK bersama-sama rakan strategik daripada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah, serta rakan-rakan NGO telah bekerjasama membantu dalam proses agihan kepada keluarga terpilih, terutamanya di kawasan-kawasan 'luar jangkauan' di daerah dan negeri.

Karyawan-karyawan YBK juga tidak ketinggalan untuk turun membantu melaksanakan serahan di kawasan-kawasan yang ditetapkan. Proses serahan dipastikan mematuhi SOP pembendungan COVID-19 sepenuhnya iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan lain-lain.

Dana untuk pembelian barangan asas adalah daripada Tabung YBK Prihatin hasil sumbangan para dermawan yang pemurah.

Insya-Allah YBK bersama-sama rakan-rakan strategik akan meneruskan Program YBK Prihatin ini bagi berikhtiar meringankan beban keluarga yang terkesan.

Kepada yang ingin menyumbang untuk Program ini, boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Yayasan Basmi Kemiskinan (5623 5711 1700). Semua dana yang diterima adalah 100% untuk penerima yang memerlukan.

Kepada keluarga yang terkesan, maklumkan melalui WhatsApp di nombor 011 5645 7832 (Isnin - Jumaat, 9 pagi - 5 petang).

"YBK Prihatin, Cakna, dan Peduli"
"Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan"

#BakulYBKPrihatin #YBKPrihatin #JihadBasmiKelaparan

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;